Saturday, August 20, 2011

..Indahkah alam perkahwinan?..

Bukan Puteri Lindungan Bulan karya Liana Afiera Malik yang aku ulang baca untuk kali kedua buat aku berfikir tentang erti perkahwinan yang sebenarnya..Walaupun bilangan mukasuratnya mencecah 1211, aku gigihkan untuk membacanya untuk kali kedua..Mungkin ada yang anggap karya Liana Afiera Malik ni kadang-kadang terlalu melampaui batas realiti kehidupan..Tapi apa yang buatkan aku terfikir, hanyalah sekadar sebuah percintaan yang berakhir dengan perkahwinan..
Sebelum aku baca novel ni, banyak juga kisah perkahwinan yang aku dengar tak seindah yang diimpikan..Ramai juga yang membayangkan alam perkahwinan tak semanis alam percintaan..Banyak perubahan berlaku setelah berkahwin..Buat aku gusar memikirkan nasib aku bila dah melangkah ke alam perkahwinan..Ada pasangan yang aku kenali, cukup serasi ketika bercinta..Tapi bila dah berkahwin, lain pula jadinya..Kenapa ada sesetengah pasangan berubah apabila dah berkahwin? Kalau ketika bercinta, sanggup melakukan hampir apa saja untuk orang yang dicintai..Janjinya bermacam-macam, sanggup sehidup semati, menjaga dan membahagiakan hingga akhir hayat..Tapi bila dah berkahwin, sanggup pula curang ataupun kerap kali bergaduh sampai memukul..Ada pasangan yang jika masa bercinta, romantik bukan main..Tapi bila dah berkahwin, jadi panas baran atau tidak mesra pada pasangannya seolah-olah macam tak pernah bercinta..Kenapa perlu dibiarkan hubungan yang hangat di waktu alam percintaan jadi dingin membeku apabila dah melangkah ke alam perkahwinan? Di mana silapnya? Adakah benar alam perkahwinan tidak seindah yang kita impikan?
Kadang-kadang, aku menjadi pelik memikirkan nasib sesetengah pasangan..Tempoh percintaan bukannya pendek..Ada tu menjangkau hingga bertahun-tahun..Nampak seolah-olah mereka sudah cukup serasi dan memahami antara satu sama lain..Tapi bila berkahwin, dah jadi macam orang tak pernah kenal..Apakah perubahan tu kesan darpada perubahan pada status dan tanggungjawab?
Sukar aku merungkai persoalan yang bermain dalam mindaku ketika aku gigih membaca novel setebal 1211 ni..Sampaikan aku sendiri berasa gerun untuk menghampiri alam itu..Takut keindahan percintaan tak berpanjangan bila sudah berkahwin..Tapi aku tak nafikan, aku juga seperti insan lain yang inginkan keluarga yang sempurna..
Insyaallah, aku akan lebih berhati-hati untuk menjalani hidup yang penuh cabaran ini..Mungkin benar kata sesetengah orang,
'Perkahwinan ini umpama berjudi..Ada risiko untung dan ruginya..'

Dan bagi aku pula, aku lebih suka percaya pada:
'perkahwinan hanya untuk mereka yang Allah tahu punya kekuatan yang cukup untuk menempuh alam perkahwinan yang penuh cabaran..'

p/s: Janganlah berkahwin sekadar untuk memenuhi tuntutan nafsu..Hubungan itu akan jadi dingin bila nafsu dah kurang membara..Tapi, berkahwinlah atas dasar saling sayang dan perlu antara satu sama lain..Insyaallah hubungan itu akan hangat selagi sayang dan rasa perlu itu ada.. =)

Wednesday, August 17, 2011

..bELi bRaNdED iTEms = luPe diRi ke??..

dah lame nak post pasal isu ni sejak ade sorang kawan timbulkannya..actually die post isu ni kat facebook..dan aku rase terpanggil untuk bagi pendapat aku pasal isu ni..last2 kawan aku tu delete post tu..tak tau la nape..tapi aku suke je nak tengok pandangan orang lain pasal isu ni..kata kawan aku tu, kenapa orang melayu ni sanggup berhabis duit untuk beli branded items sedangkan orang2 putih yang duduk and keje kat malaysia ni tak kisah pun hidup bersederhana..adekah melayu lupa diri atau bersikap untuk menunjuk2 sedangkan dalam Islam dah menggariskan supaya kita hidup bersederhana? kat entry aku ni, aku bagi pendapat ikut pandangan orang2 yang sederhana, bukan yang kaya2 ye? yang kaya2 tu, memang ak tak leh nak komen ape2 sebab diorang dah banyak sangat duit, so memang layak la pakai branded items..
aku ni takde lah pandai sangat nak menjawab soal agama ni..ilmu di dada pun masih cetek, iman pun masih setipis kulit bawang..tapi pada pendapat aku, tak semua orang beli branded items ni untuk menunjuk2 atau sebab lupa diri..kebanyakan orang2 yang aku kenal yang suka beli branded items ni cakap, diorang beli sebab kepuasan dapat pakai barang mahal..dan ade jugak yang beli sebab kualiti..compared tu barang murah, kualiti branded item ni lebih bagus..yela, harga pun mahal kan? berbaloi la dengan kualitinya..
ade sesetengah tu, sanggup simpan duit untuk beli branded item..katanya, kite dah penat2 simpan duit berbulan2 nak beli branded items yang mencecah ribuan ringgit, bile dah dapat beli, rasa sangat puas dan sayang sangat kat barang tu sebab susah nak dapat kan? betul jugak..so ade jugak nilai2 yang baik seperti berjimat cermat dan sangat menghargai sesuatu bende yang kita miliki..
memang aku tak nafikan, ade jugak orang yang beli branded items ni sebab nak menunjuk2 kat orang lain..konon2 nye banyak duit sangat lah kan? ade tu, baru student, dah nak pakai barang2 mahal sedangkan die bukan datang dari keluarga yang kaya..sanggup habiskan duit pinjaman atau biasiswa..bila hujung2 semester, makan megi ataupun dalam istilah yang baik sikit, nak diet! ade yang lagi teruk, sanggup meminjam kat kawan2 atau menyusahkan ibubapa sebab dah terdesak sangat..pada aku, orang2 macam ni sepatutnya ukur baju kat badan sendiri..tak salah untuk kite simpan angan2 untuk pakai branded items macam orang kaya2, tapi biarlah ikut pada kemampuan kite..jangan sampai menyusahkan diri dan orang lain semata2 untuk menunjuk2..
biasanya, kalau orang tu beli branded items untuk kepuasan diri atau mementingkan kualiti, mereka lebih pandai merancang kewangan mereka berbanding dengan orang yang beli branded items sebab nak menunjuk2..
aku pun suke branded items..aku takde lah datang dari family yang kaya...cuma sederhana..tapi pada aku, kalau nak beli, biarlah rancang dengan baik..contohnye, beli la time sale gile2..ataupun aku akan simpan duit untuk dapat sesuatu yang aku idamkan..sebab aku pun setuju yang kualiti branded items ni lebih bagus, tahan lama dan selesa bile pakai compared to barang yang jual kat pasar malam ataupun yang takde brand..contohnye, aku pernah try pakai jeans Levi's yang original, memang best! try jela, nak beli still tak mampu..haha..harga nye memang ratus2, tapi kalau selesa and tahan lama, ape salahnya kita beli kan?
aku jugak tak nafikan sesetengah barang yang takde brand tu pun kadang2 selesa untuk di pakai..so kesimpulan yang aku boleh buat kat sini, jadila seorang yang flexible, yang boleh pakai barang murah and branded items tanpa banyak songeh dan ikut kemampuan kite..kalau kite jenis orang yang taraf hidupnye sederhana, janganlah nak pakai semua branded items..cukuplah 1-2 barang yang kita idam2 kan..sekadar untuk kepuasan..

*disebabkan aku ni gila pada kasut, aku ade simpan angan2 nak beli kasut monolo blahnik or jimmy choo..haha..mahal gila la pada aku..bila nak tercapai, tunggu dan lihat! =)

~monolo blahnik shoes milik Carrie Bradshaw dalam Sex and the City =p

~oh jimmy choo!

p/s: ukurlah baju di badan sendiri =)

Wednesday, August 3, 2011

..addiction: sHoEs vS bOWLiNg..

dah berhabuk blog aku ni..siap ade sawang2 lagi..lame tinggal tak jenguk2..before this sibuk dengan praktikal kat puchong..2bulan setengah je..yg best nye, bos belanja lunch masa aku last day and die bagi aku full allowance even though aku kerja setengah bulan je..haha..suke la aku kan..dari niat nak wat part time untuk cari duit shopping raya, terus cancel niat tu..duduk rumah lagi best! memang la bosan sikit, tapi heaven~haha..cume kadang2 terasa jugak la, bile kene makan sorang2, cakap sorang2 (erk?dah gile ke aku ni?)..tapi selebihnye ak suka duduk rumah dari kerja sebab aku bole surf tenet anytime, main farmville 24/7, tengok movies, unlimited sleep..hahaha..memang heaven..ade orang marah aku sebab malas, nak wat camne, memang aku lebih suka camni..bos ade offer sambung keje ngan dia sampai aku habis cuti..bukan aku tak nak, memang aku nak sangat..tapi sebab dah 2x aku accident sepanjang praktikal ni, wat aku trauma kot nak riding jauh2...nak pulak puchong tu areanya busy..almost everyday aku hampir nak kene langgar ngan orang masa pegi keje..tak ke tambah trauma aku lagi..menyesal jugakla tolak offer bos aku tu..tapi nak wat camne,aku still tak dapat nak overcome trauma aku tu lagi..
so back to the topic, aku terfikir pasal addiction manusia..actually, aku start dok pikir2 pasal benda ni bila aku kenal dengan sorang ni..addicted gile dengan bowling..kalau main bowling tu, sampai berapa game entah..pernah sekali tu, die cakap sampai 10game..gila betul..aku dok pikir2 ape la best sangat dengan bowling ni..sampai addicted camtu..balik keje penat2 pun bole gi bowling lagi..memang dasyat jugakla bagi aku..sebab pada aku, takde ape pun interesting kat bowling ni sampai orang boleh addicted camtu kan..seumur hidup aku, sekali je aku pernah main bowling..gara2 bola terbaling ke belakang, aku dah taknak main dah lepas tu..haha..memang kene gelak ngan kawan2 aku time tu..
aku pun tanya la kat die yang addicted ngan bowling ni, nape suke sangat main bowling? die kata, camne aku addicted kat kasut, camtu la die rasa kat bowling..erk? tetiba aku pulak kene..tapi betul gak..addiction aku kat kasut pun macam melampau jugak..kalau gi shopping complex, balik mesti bawak kotak kasut..nasib baik aku jarang pergi buang masa kat shopping complex, kalau tak, rumah aku penuh ngan kasut jela..sekarang ni pun da banyak, siap kene bebel ngan mama abah kalau dorang balik sini..
so in the end, aku boleh paham nape orang boleh addicted kat sesuatu benda..kadang2 takde sebab pun addiction tu..macam aku..aku pun tak tau nape aku addicted sangat dengan kasut..hihi..
vs


*korang addicted dengan ape pulak? :)