Saturday, August 20, 2011

..Indahkah alam perkahwinan?..

Bukan Puteri Lindungan Bulan karya Liana Afiera Malik yang aku ulang baca untuk kali kedua buat aku berfikir tentang erti perkahwinan yang sebenarnya..Walaupun bilangan mukasuratnya mencecah 1211, aku gigihkan untuk membacanya untuk kali kedua..Mungkin ada yang anggap karya Liana Afiera Malik ni kadang-kadang terlalu melampaui batas realiti kehidupan..Tapi apa yang buatkan aku terfikir, hanyalah sekadar sebuah percintaan yang berakhir dengan perkahwinan..
Sebelum aku baca novel ni, banyak juga kisah perkahwinan yang aku dengar tak seindah yang diimpikan..Ramai juga yang membayangkan alam perkahwinan tak semanis alam percintaan..Banyak perubahan berlaku setelah berkahwin..Buat aku gusar memikirkan nasib aku bila dah melangkah ke alam perkahwinan..Ada pasangan yang aku kenali, cukup serasi ketika bercinta..Tapi bila dah berkahwin, lain pula jadinya..Kenapa ada sesetengah pasangan berubah apabila dah berkahwin? Kalau ketika bercinta, sanggup melakukan hampir apa saja untuk orang yang dicintai..Janjinya bermacam-macam, sanggup sehidup semati, menjaga dan membahagiakan hingga akhir hayat..Tapi bila dah berkahwin, sanggup pula curang ataupun kerap kali bergaduh sampai memukul..Ada pasangan yang jika masa bercinta, romantik bukan main..Tapi bila dah berkahwin, jadi panas baran atau tidak mesra pada pasangannya seolah-olah macam tak pernah bercinta..Kenapa perlu dibiarkan hubungan yang hangat di waktu alam percintaan jadi dingin membeku apabila dah melangkah ke alam perkahwinan? Di mana silapnya? Adakah benar alam perkahwinan tidak seindah yang kita impikan?
Kadang-kadang, aku menjadi pelik memikirkan nasib sesetengah pasangan..Tempoh percintaan bukannya pendek..Ada tu menjangkau hingga bertahun-tahun..Nampak seolah-olah mereka sudah cukup serasi dan memahami antara satu sama lain..Tapi bila berkahwin, dah jadi macam orang tak pernah kenal..Apakah perubahan tu kesan darpada perubahan pada status dan tanggungjawab?
Sukar aku merungkai persoalan yang bermain dalam mindaku ketika aku gigih membaca novel setebal 1211 ni..Sampaikan aku sendiri berasa gerun untuk menghampiri alam itu..Takut keindahan percintaan tak berpanjangan bila sudah berkahwin..Tapi aku tak nafikan, aku juga seperti insan lain yang inginkan keluarga yang sempurna..
Insyaallah, aku akan lebih berhati-hati untuk menjalani hidup yang penuh cabaran ini..Mungkin benar kata sesetengah orang,
'Perkahwinan ini umpama berjudi..Ada risiko untung dan ruginya..'

Dan bagi aku pula, aku lebih suka percaya pada:
'perkahwinan hanya untuk mereka yang Allah tahu punya kekuatan yang cukup untuk menempuh alam perkahwinan yang penuh cabaran..'

p/s: Janganlah berkahwin sekadar untuk memenuhi tuntutan nafsu..Hubungan itu akan jadi dingin bila nafsu dah kurang membara..Tapi, berkahwinlah atas dasar saling sayang dan perlu antara satu sama lain..Insyaallah hubungan itu akan hangat selagi sayang dan rasa perlu itu ada.. =)

Wednesday, August 17, 2011

..bELi bRaNdED iTEms = luPe diRi ke??..

dah lame nak post pasal isu ni sejak ade sorang kawan timbulkannya..actually die post isu ni kat facebook..dan aku rase terpanggil untuk bagi pendapat aku pasal isu ni..last2 kawan aku tu delete post tu..tak tau la nape..tapi aku suke je nak tengok pandangan orang lain pasal isu ni..kata kawan aku tu, kenapa orang melayu ni sanggup berhabis duit untuk beli branded items sedangkan orang2 putih yang duduk and keje kat malaysia ni tak kisah pun hidup bersederhana..adekah melayu lupa diri atau bersikap untuk menunjuk2 sedangkan dalam Islam dah menggariskan supaya kita hidup bersederhana? kat entry aku ni, aku bagi pendapat ikut pandangan orang2 yang sederhana, bukan yang kaya2 ye? yang kaya2 tu, memang ak tak leh nak komen ape2 sebab diorang dah banyak sangat duit, so memang layak la pakai branded items..
aku ni takde lah pandai sangat nak menjawab soal agama ni..ilmu di dada pun masih cetek, iman pun masih setipis kulit bawang..tapi pada pendapat aku, tak semua orang beli branded items ni untuk menunjuk2 atau sebab lupa diri..kebanyakan orang2 yang aku kenal yang suka beli branded items ni cakap, diorang beli sebab kepuasan dapat pakai barang mahal..dan ade jugak yang beli sebab kualiti..compared tu barang murah, kualiti branded item ni lebih bagus..yela, harga pun mahal kan? berbaloi la dengan kualitinya..
ade sesetengah tu, sanggup simpan duit untuk beli branded item..katanya, kite dah penat2 simpan duit berbulan2 nak beli branded items yang mencecah ribuan ringgit, bile dah dapat beli, rasa sangat puas dan sayang sangat kat barang tu sebab susah nak dapat kan? betul jugak..so ade jugak nilai2 yang baik seperti berjimat cermat dan sangat menghargai sesuatu bende yang kita miliki..
memang aku tak nafikan, ade jugak orang yang beli branded items ni sebab nak menunjuk2 kat orang lain..konon2 nye banyak duit sangat lah kan? ade tu, baru student, dah nak pakai barang2 mahal sedangkan die bukan datang dari keluarga yang kaya..sanggup habiskan duit pinjaman atau biasiswa..bila hujung2 semester, makan megi ataupun dalam istilah yang baik sikit, nak diet! ade yang lagi teruk, sanggup meminjam kat kawan2 atau menyusahkan ibubapa sebab dah terdesak sangat..pada aku, orang2 macam ni sepatutnya ukur baju kat badan sendiri..tak salah untuk kite simpan angan2 untuk pakai branded items macam orang kaya2, tapi biarlah ikut pada kemampuan kite..jangan sampai menyusahkan diri dan orang lain semata2 untuk menunjuk2..
biasanya, kalau orang tu beli branded items untuk kepuasan diri atau mementingkan kualiti, mereka lebih pandai merancang kewangan mereka berbanding dengan orang yang beli branded items sebab nak menunjuk2..
aku pun suke branded items..aku takde lah datang dari family yang kaya...cuma sederhana..tapi pada aku, kalau nak beli, biarlah rancang dengan baik..contohnye, beli la time sale gile2..ataupun aku akan simpan duit untuk dapat sesuatu yang aku idamkan..sebab aku pun setuju yang kualiti branded items ni lebih bagus, tahan lama dan selesa bile pakai compared to barang yang jual kat pasar malam ataupun yang takde brand..contohnye, aku pernah try pakai jeans Levi's yang original, memang best! try jela, nak beli still tak mampu..haha..harga nye memang ratus2, tapi kalau selesa and tahan lama, ape salahnya kita beli kan?
aku jugak tak nafikan sesetengah barang yang takde brand tu pun kadang2 selesa untuk di pakai..so kesimpulan yang aku boleh buat kat sini, jadila seorang yang flexible, yang boleh pakai barang murah and branded items tanpa banyak songeh dan ikut kemampuan kite..kalau kite jenis orang yang taraf hidupnye sederhana, janganlah nak pakai semua branded items..cukuplah 1-2 barang yang kita idam2 kan..sekadar untuk kepuasan..

*disebabkan aku ni gila pada kasut, aku ade simpan angan2 nak beli kasut monolo blahnik or jimmy choo..haha..mahal gila la pada aku..bila nak tercapai, tunggu dan lihat! =)

~monolo blahnik shoes milik Carrie Bradshaw dalam Sex and the City =p

~oh jimmy choo!

p/s: ukurlah baju di badan sendiri =)

Wednesday, August 3, 2011

..addiction: sHoEs vS bOWLiNg..

dah berhabuk blog aku ni..siap ade sawang2 lagi..lame tinggal tak jenguk2..before this sibuk dengan praktikal kat puchong..2bulan setengah je..yg best nye, bos belanja lunch masa aku last day and die bagi aku full allowance even though aku kerja setengah bulan je..haha..suke la aku kan..dari niat nak wat part time untuk cari duit shopping raya, terus cancel niat tu..duduk rumah lagi best! memang la bosan sikit, tapi heaven~haha..cume kadang2 terasa jugak la, bile kene makan sorang2, cakap sorang2 (erk?dah gile ke aku ni?)..tapi selebihnye ak suka duduk rumah dari kerja sebab aku bole surf tenet anytime, main farmville 24/7, tengok movies, unlimited sleep..hahaha..memang heaven..ade orang marah aku sebab malas, nak wat camne, memang aku lebih suka camni..bos ade offer sambung keje ngan dia sampai aku habis cuti..bukan aku tak nak, memang aku nak sangat..tapi sebab dah 2x aku accident sepanjang praktikal ni, wat aku trauma kot nak riding jauh2...nak pulak puchong tu areanya busy..almost everyday aku hampir nak kene langgar ngan orang masa pegi keje..tak ke tambah trauma aku lagi..menyesal jugakla tolak offer bos aku tu..tapi nak wat camne,aku still tak dapat nak overcome trauma aku tu lagi..
so back to the topic, aku terfikir pasal addiction manusia..actually, aku start dok pikir2 pasal benda ni bila aku kenal dengan sorang ni..addicted gile dengan bowling..kalau main bowling tu, sampai berapa game entah..pernah sekali tu, die cakap sampai 10game..gila betul..aku dok pikir2 ape la best sangat dengan bowling ni..sampai addicted camtu..balik keje penat2 pun bole gi bowling lagi..memang dasyat jugakla bagi aku..sebab pada aku, takde ape pun interesting kat bowling ni sampai orang boleh addicted camtu kan..seumur hidup aku, sekali je aku pernah main bowling..gara2 bola terbaling ke belakang, aku dah taknak main dah lepas tu..haha..memang kene gelak ngan kawan2 aku time tu..
aku pun tanya la kat die yang addicted ngan bowling ni, nape suke sangat main bowling? die kata, camne aku addicted kat kasut, camtu la die rasa kat bowling..erk? tetiba aku pulak kene..tapi betul gak..addiction aku kat kasut pun macam melampau jugak..kalau gi shopping complex, balik mesti bawak kotak kasut..nasib baik aku jarang pergi buang masa kat shopping complex, kalau tak, rumah aku penuh ngan kasut jela..sekarang ni pun da banyak, siap kene bebel ngan mama abah kalau dorang balik sini..
so in the end, aku boleh paham nape orang boleh addicted kat sesuatu benda..kadang2 takde sebab pun addiction tu..macam aku..aku pun tak tau nape aku addicted sangat dengan kasut..hihi..
vs


*korang addicted dengan ape pulak? :)

Friday, June 17, 2011

..FrieNds..cOMe and gO..

Drowsiness can't make me sleep..Still thinking on certain things..From wasting time forcing my eyes to sleep, I'd rather grab my notebook and write something precious since I don’t have much time to write for few past weeks..From past, now and then, I keep thinking about friendship..Is true friendship really exists? Yes, it is..I already seen many friendships that last forever..

Recently, I keep thinking about my friends in my old school..I’d missed them damned so much but, I don't really know what makes me stop from finding them in Facebook even though I know, Facebook is linking everyone around the world..I am afraid I may have been forgotten..

I get rid of that feeling when I kept thinking of them, then I typed on the search space in Facebook..One by one..Lucky me..They used their own name and it makes me easier to find them..

I’m glad to get connected with them again….and when browsing their profiles, I’m excited to see their life..Getting prettier and matured compared from the one I’d know 10 years ago..We cried, shouted, laughed and everything together before..Oh God, you know how much I missed the days that we'd spent together..

Now, when we are in touch, I feel awkward when talking to them..Maybe it’s because we didn’t see each other for a very long time..10 years is not a short period..Anything can happen during that period..Sometimes, when I read a comments between them, I saw a word ‘gell’..It is one special word use by the student at that school..The meaning is similar to the word ‘gile’ use by many people..Like ‘suke gile’ to ‘suke gell’..I always wondered when talking to them, am I eligible to use that word again? Haha..So weird me..Thinking about some crappy thing like that..They might laugh at me if they read this..Well, I’m just wondering..No hard feeling, babes~ =)

Friends..

I’d know you guys just for a moment..1 and the half year, maybe it’s not enough for us to be so close, but it’s enough to make me regret..Not regret for leaving the school…..but regret for leaving you guys, such a wonderful friends..Being with you guys, were really a beautiful moment in my life..I still remember some of the lyrics of our CS's song..

"Friends are like a rainbow;

That adorn the sky..

Friends have a special moments that never we forget..

All through the years we've been together..

We have learn to love each other..

We can withstand the obstacles at hand..

You've been with me..

Through the sun shine and rain..

I can count on you and the friendship remains.."

Hehehe..Do not upset if the lyrics are incorrect! Can't remember it very well, but still I keep singing this song for all this while..


Nothing much I hope, just to make this friendship begin...again..




Friday, June 10, 2011

..shOULd i RUN??..

hurm, lately ni banyak sangat pikir..hari ni nak keje pun takde mood..sebabnya result da keluar..tapi taknak cite pasal tu..nak cite pasal lain..pasal result tu da bosan..
one of my friend said to me, i should run from troubles in my life..should i? huhu..penat jugak berdebat ngan die hari tu..tapi bile aku pikir2 balik, ada betul jugak ape die cakap tu..aku kene lari and sembunyi, sampai aku ade kekuatan untuk lawan balik troubles tu..yang jadi masalahnye bila aku takde kekuatan untuk lari dari sume masalah tu..aku prefer untuk hadapinya then, suffer cause of the troubles..maybe im addicted to pain? entahla..
some people may said, its not good to run from your troubles..u have to face and fight it..but sometimes, if we fight with nothing, we'll lose in the end..like what happened to me..i'd face and fight for it, until i'd suffer so much..
ape2 pun, Allah knows the best for me..He already have the path that i shall follow..i just have to go with the flow..and..
i hope someone will grab my hand to run cause i dont have a courage to run from it..one day...i'll wait for that one day to become true..

Thursday, May 26, 2011

..dRivER MaLaYsiA..

blog aku dah lame takde new entry..sebabnye after 3hari abes exam, aku dah start praktikal..sempat rest 3hari je, pergi berjalan ke Cameron Highlands ngan family ira..
so da 3minggu aku praktikal..banyak benda yang aku dapat belajar..seronok sebab dapat kawan baru..hehe..
actualy banyak sangat aku nak post..sebabnye banyak sangat aku fikir dalam masa 3minggu ni..tapi better aku tulis sikit2 sebab esok aku kene keje lagi..mata da ngantok sebenarnya, tapi sebab rindukan blog aku yang dah berhabuk ni, aku gagahkan jugak la..hehe..so aku nak taip sikit je sebab aku kene tido pukul 12 tepat supaya aku tak ngantok kat ofis esok..
setiap hari, aku ke ofis dengan motor kesayangan aku..dari rumah aku ke puchong, kene lalu putrajaya and LDP..jalan kat putrajaya memang best..smooth traffic..tapi bile dah masuk je LDP, terus jadi sesak..aku yang bawak motor ni pun dah rasa penin kepala tengok jalan jammed, apetah lagi la orang yang driving..
jalan kat LDP tu memang patut improve..sebab tak dapat nak menampung pengguna yang ramai..to make it worse, ade construction untuk tambah flyover..aku rasa, flyover tu akan dapat mengurangkan kesesakan bila dah siap nanti..tapi wat masa ni, jalan jadi sesak disebabkan construction tu..
bile jalan jammed, macam2 perangai manusia yang ak nampak..especially manusia yang tak penyabar..aku pun jadi hangin kadang2 sampai ringan je mulut aku dok maki2 orang..ish3..tak baik betol..kat sini aku nak listkan perangai manusia, yang korang tak patut wat <----untuk pengguna jalanraya especially driver:
1. nak tukar lorong, tapi tak bagi signal..kalau jalan tu lengang, takde la kisah sangat..tapi ni jalan sesak, tengok2 la sikit kereta or motor yang datang dari belakang or sisi..
2. nak tukar lorong,memang die bagi signal tapi tak sampai sesaat bagi signal, terus masuk..ape function signal tu pun aku tak tau..bagi untuk cukupkan syarat je kot..fikir2 la rider cam aku ni, kalau accident yang teruknye rider..
3. kalau jalan tu ade 4 lane, aku paham la seronok kalau drive kat lorong paling laju..tapi sila la gunakan lorong yang betol..maksudnye, kalau jalan tu 4lane, tapi korang sebenarnya nak ke exit yang berada di lorng paling kiri, ikot jela lorong tu walaupun trafficnya agak slow..ni tak, ko sedap je drive kat lorong paling kanan, tibe2 da nak dekat sampai kat exit tu, ko nak tukar lorong..gila ke ape?? tu yang wat accident tak pasal2..
4. kalau ade accident tu, korang janganlah gatal2 nak tengok sangat2..tengok sikit2 sudahla..ni sampai slow kereta, padahal accident kat tepi jalan..tak pasal2 traffic jadi slow..haish..menyusahkan orang..
5. kalau korang mengalami accident, janganla ajak bergaduh kat tengah jalan..wat malu je..plus menyusahkan orang tau tak?

ni sume pengalaman aku sebagai rider..so korang kenela paham perasaan seorang rider cam aku ni..memang rider pun ade gak perangai macam b*****g, tapi post kali ni untuk driver..to make it fair and square, lain kali aku post pulak pasal rider k?

Saturday, April 30, 2011

..bE gRatEFuL for wHat wE hAVe..

bangun pagi tadi agak awal bagi aku yang jarang sangat nak bangun awal di hujung minggu..so bangun je, terus niat nak study since exam is juz in less than 2 days..sambil2 study, membelek la mukabuku..haha..hari ni labour day! so bagi aku yang tak bekerja ni, takdela terasa sangat hari ni kan..hihi..for those yg bergelar pekerja, happy labour day! enjoy ur holiday ye..hehe..
bile membelek mukabuku tadi, ternampak post dari seorang kawan..wah..bertambah bahagia dia sekarang..sambil menghitung hari untuk melahirkan anak sulungnye, disambut pula dengan birthday yang best sangat disediakan si suami..peh..memang romantik abes..suka sangat tengok mereka..huhu..sweet couple tau! dalam hati terselit rasa cemburu..biasala kn? manusia mane yang tak jeles tengok kebahagiaan orang lain..tapi, jeles tu jangan lebih2! jangan sampai ade niat tak baik kat orang..berdosa tu!
aku doakan kawan lama aku tu bahagia selalu..suka tengok mereka..cute and romantic! kawan aku tu, even tengah pregnant pun, hot tau! hehe..so i wish to have a family like her..one day..haha..
bila tengok kebahagiaan die, i learn something..setiap orang ade rezeki masing2..Allah dah tetapkan jalan hidup setiap orang..so kite kene bersyukur dengan apa yang kita miliki sebab Allah lebih tau ape yang terbaik untuk kite walaupun kadang2 kite tak suka dengan sesuatu itu, tapi kita kene percaya yang sesuatu yang kite tak suka tu, mungkin yang terbaik untuk kita..
haha..aku tibe2 rasa nak memotivasikan diri aku sendiri hari ni..sebab macam agak down dengan study aku lately..besides, rasa cam dah bosan ngan hidup sendiri..tapi bila kene motivasi macam ni, terus rasa bersyukur dengan apa yang aku miliki sampai hari ni..alhamdulilah ya Allah..