Wednesday, August 17, 2011

..bELi bRaNdED iTEms = luPe diRi ke??..

dah lame nak post pasal isu ni sejak ade sorang kawan timbulkannya..actually die post isu ni kat facebook..dan aku rase terpanggil untuk bagi pendapat aku pasal isu ni..last2 kawan aku tu delete post tu..tak tau la nape..tapi aku suke je nak tengok pandangan orang lain pasal isu ni..kata kawan aku tu, kenapa orang melayu ni sanggup berhabis duit untuk beli branded items sedangkan orang2 putih yang duduk and keje kat malaysia ni tak kisah pun hidup bersederhana..adekah melayu lupa diri atau bersikap untuk menunjuk2 sedangkan dalam Islam dah menggariskan supaya kita hidup bersederhana? kat entry aku ni, aku bagi pendapat ikut pandangan orang2 yang sederhana, bukan yang kaya2 ye? yang kaya2 tu, memang ak tak leh nak komen ape2 sebab diorang dah banyak sangat duit, so memang layak la pakai branded items..
aku ni takde lah pandai sangat nak menjawab soal agama ni..ilmu di dada pun masih cetek, iman pun masih setipis kulit bawang..tapi pada pendapat aku, tak semua orang beli branded items ni untuk menunjuk2 atau sebab lupa diri..kebanyakan orang2 yang aku kenal yang suka beli branded items ni cakap, diorang beli sebab kepuasan dapat pakai barang mahal..dan ade jugak yang beli sebab kualiti..compared tu barang murah, kualiti branded item ni lebih bagus..yela, harga pun mahal kan? berbaloi la dengan kualitinya..
ade sesetengah tu, sanggup simpan duit untuk beli branded item..katanya, kite dah penat2 simpan duit berbulan2 nak beli branded items yang mencecah ribuan ringgit, bile dah dapat beli, rasa sangat puas dan sayang sangat kat barang tu sebab susah nak dapat kan? betul jugak..so ade jugak nilai2 yang baik seperti berjimat cermat dan sangat menghargai sesuatu bende yang kita miliki..
memang aku tak nafikan, ade jugak orang yang beli branded items ni sebab nak menunjuk2 kat orang lain..konon2 nye banyak duit sangat lah kan? ade tu, baru student, dah nak pakai barang2 mahal sedangkan die bukan datang dari keluarga yang kaya..sanggup habiskan duit pinjaman atau biasiswa..bila hujung2 semester, makan megi ataupun dalam istilah yang baik sikit, nak diet! ade yang lagi teruk, sanggup meminjam kat kawan2 atau menyusahkan ibubapa sebab dah terdesak sangat..pada aku, orang2 macam ni sepatutnya ukur baju kat badan sendiri..tak salah untuk kite simpan angan2 untuk pakai branded items macam orang kaya2, tapi biarlah ikut pada kemampuan kite..jangan sampai menyusahkan diri dan orang lain semata2 untuk menunjuk2..
biasanya, kalau orang tu beli branded items untuk kepuasan diri atau mementingkan kualiti, mereka lebih pandai merancang kewangan mereka berbanding dengan orang yang beli branded items sebab nak menunjuk2..
aku pun suke branded items..aku takde lah datang dari family yang kaya...cuma sederhana..tapi pada aku, kalau nak beli, biarlah rancang dengan baik..contohnye, beli la time sale gile2..ataupun aku akan simpan duit untuk dapat sesuatu yang aku idamkan..sebab aku pun setuju yang kualiti branded items ni lebih bagus, tahan lama dan selesa bile pakai compared to barang yang jual kat pasar malam ataupun yang takde brand..contohnye, aku pernah try pakai jeans Levi's yang original, memang best! try jela, nak beli still tak mampu..haha..harga nye memang ratus2, tapi kalau selesa and tahan lama, ape salahnya kita beli kan?
aku jugak tak nafikan sesetengah barang yang takde brand tu pun kadang2 selesa untuk di pakai..so kesimpulan yang aku boleh buat kat sini, jadila seorang yang flexible, yang boleh pakai barang murah and branded items tanpa banyak songeh dan ikut kemampuan kite..kalau kite jenis orang yang taraf hidupnye sederhana, janganlah nak pakai semua branded items..cukuplah 1-2 barang yang kita idam2 kan..sekadar untuk kepuasan..

*disebabkan aku ni gila pada kasut, aku ade simpan angan2 nak beli kasut monolo blahnik or jimmy choo..haha..mahal gila la pada aku..bila nak tercapai, tunggu dan lihat! =)

~monolo blahnik shoes milik Carrie Bradshaw dalam Sex and the City =p

~oh jimmy choo!

p/s: ukurlah baju di badan sendiri =)

No comments:

Post a Comment